Pencarian Isi Blogg Ini

Senin, 25 Februari 2013

Wahabi adalah Khawarij di zaman ini dan anjing neraka

Wahabi merupakan sebuah kelompok yang dicipta untuk memisahkan Nabi serta Ahlul Bait daripada umat Islam.
Menurut apa yang dinukilkan oleh majalah al-Hayat, Syeikh al-Azhar Dr. Ahmad Tayyib pada tanggal 4 April 2011, bersamaan dengan tarikh 15 Farvardir 1390, beliau secara rasmi memaklumkan:
وأن السلفيين الجديد هم خوارج العصر
Sesungguhnya golongan Salafi, mereka itu adalah Khawarij.
Menurut laporan berita Shianews pada tarikh 07 Shahrivar 1391, Dr. Ali Jum’ah mufti besar Mesir, ketika Wahabi memusnahkan makam salah seorang cicit Imam Hasan al-Mujtaba (a.s) di Libya, beliau berkata: Wahabi adalah Khawarij di zaman ini dan anjing neraka.
Ibnu Taimiyah merupakan fondasi pemikirannya, dan Muhammad bin Abdul Wahab adalah fondasi politik Wahabi, yang mana ia datang berziarah dan bersumpah kepada Nabi akan membuat tanggapan bahawa syafaat daripada baginda adalah haram. Begitu juga meletakkan Nabi sebagai perantara diri dengan Allah, tawassul kepada baginda juga dianggap haram, di mana pengasasan kegiatan mereka ini ialah menjauhkan umat daripada Nabi (s.a.w).
Pandangan Ibnu Taimiyah ialah Allah telah memberikan maqam syafaat kepada Nabi, namun baginda telah melarang syafaat. Kerana itu kitab-kitab Ahlusunnah menolak akidah Ibnu Taimiyah ini, maka Ahlusunnah lebih dekat dengan Syiah sebagai dua saudara.
Banyak ayat Al-Quran membuktikan syafaat dan tawassul.
Allah (s.w.t) berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 35:
«يا أَيهَا الَّذينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَ ابْتَغُوا إِلَيهِ الْوَسيلَة …» يعني اى کسانى که ايمان آورده‏ايد! از (مخالفت فرمان) خدا بپرهيزيد! و وسيله‏اى براى تقرب به او بجوئيد!
Wahai orang yang beriman. Bertaqwalah kepada Allah dan carilah suatu wasilah yang boleh menyampaikan kepadaNya.
Di dalam surah al-Nisa, ayat 64, Allah berfirman:
وَ لَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جاؤُکَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَ اسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّاباً رَحيما
Andainya mereka melakukan kezaliman terhadap diri mereka sendiri (mengabaikan perintah Allah), lantas mereka datang kepadamu dan meminta keampunan daripada Allah, maka Rasul meminta keampunan kepada mereka. Maka pasti mereka dapati bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang. Ini adalah mantik al-Qur’an, sementara Wahabi berdiri menentang al-Qur’an.
Wahabi mengganggu perpaduan Sunni dan Syiah, sedangkan setelah tertegaknya kerajaan revolusi Islam Syiah dan Sunni sama-sama hidup dengan harmoni walaupun di kawasan Ahlusunnah. Memang benar bagi Wahabi, al-Ghadir merupakan hari yang paling hitam. Ini disebabkan Ghadir menjadi pencetus dan sarana untuk membina perpaduan.  Yang dapat menyatukan satu bilion setengah umat Islam hanyalah isu Ahlul Bait.
Apa yang diterangkan oleh Nabi (s.a.w) di Ghadir Khum dapat dijadikan tauladan untuk perpaduan umat Islam. Wahabi terlalu gerun dengan perpaduan dunia Islam, ini disebabkan tidak ada tempat untuk mereka kalau umat Islam bersatu.
Sudah beberapa kali kami katakan bahawa iktikad dengan bertaqlid tidak mempegaruhi Syiah dan Sunni, yang mana satu pun perlu diselidiki dan dikaji sehingga dapat memilih agama yang benar, dan mazhab mana yang menuruti al-Qur’an. Mengkaji perbahasan akidah dan mazhab merupakan salah satu daripada prioriti-prioriti seorang muslim.

Tidak ada komentar: